Resepi Cheese Cake ala Secret Recipe

NOTE : GAMBAR SEMUA HILANG SEBAB KENA HACK. SO BAYANGKAN SENDIRI OK. SEBIJIK SAMA MCM SECRET RECIPE

Oh, semenjak Hari Guru, aku kesibukan sekali.

Ahad malam, aku check facebook. Tengok ada shout dari adik perempuan. Kebetulan dia nak datang dengan mak untuk transit before balik ke kolej. Mak datang sebab berkursus. Aku fikir fikir pun dah lama tak buat. Sebenarnya, resepi ni dikenalkan oleh isteri. Aku improvise ja

So, terus lah ke Giant untuk membeli bahan bahan. Aku ke Giant kerana itu yang paling hampir dengan rumah. Tak pasti pulak tentang harga jika dibandingkan dengan hypermarket yang lain.

Baik, puan-puan, kita mulakan resepi hari ni ya.

Ok, rasanya semua pembaca tahu atau pernah merasa cheese cake dari Secret Recipe. Memang terkenal dan sedap. Namun untuk membuatnya tidak lah susah sangat.

Bahan bahan yang diperlukan seperti dalam gambar kecuali susu coklat dan susu cair.

Kita perlukan :

2 bar Philadelphia Cheese.

1/3 butter. Aku pakai brand Buttercup.

Lebih kurang 1 cup biskut macam biskut marry. Aku pakai McVities Digestives. Kalau beli yang besar jangan guna semua. Kalau beli yang kecil guna semua.

1 tin susu pekat manis. Aku pakai brand F & N

Oreo untuk perasa.

Serbuk agar agar dua sudu teh.

Lemon sikit sangat sangat.

Ok puan puan, ini cara cara membuatnya ya :

Mula mula, hancurkan biskut. Hancurkan bagi jadi serbuk. Tak perlu pakai blender pun. Cukup sekadar ramas ramas sampai hancur. Jangan guna biskut mayat, sebab dia keras.

Dapatkan dalam satu cawan macam tu. Jangan banyak sangat. Biskut ini kita akan gunakan sebagai base. Untuk kali ni base aku agak tebal. So, jangan tebal sangat nanti tak cantik. Dalam 1.5cm tu dah cantik la. Aku punya dalam 1 inci. Hahaha

Ok, serbuk ini kita akan campurkan dengan butter yang telah cair. So butter tu akan jadi gam. Jangan guna putih telur ya puan puan, kita bukan nak buat cake shifon. Gaulkan serbuk biskut tadi dengan butter dan letakkan ke dalam loyang. Tekankan sedikit tapi jangan padat sangat.

Aku tekan super padat, so base keras. Takde masalah nak makan tapi ada masalah nak potong. Lagi pun, kalau base padat sangat, nanti cheese susah nak lekat. Lepas dah letak dan tekan tekan, boleh simpan sekejap dalam peti sejuk.

 

Kemudian, 2 bar cheese tadi bersama dengan satu tin susu pekat dikacau. Baik, sini ada tricky sikit. Kalau puan puan ada mixer, boleh terus mixkan guna mixer dalam 10 minit macam tu. Tapi untuk chef amatur macam saya ni, yang tak ada mixer, maka terpaksa dipanaskan di atas api yang perlahan sampai larut. Memang lama dan kena kacau selalu nanti hangus lansung jadi puding guna hangus.

Dia akan pekat. Bila dah agak cair, dia akan still berketul kecil kecil. Kalau ketul besar lagi, kacau lagi sampai ketul jadi kecil.

Kemudian, larutkan 2 sudu serbuk agar agar dengan 1/4 cawan air panas. Masukkan dalam cheese yang di atas api tadi. Kacau bagi sebati.

Perah sikit lemon. Tolong rasa dulu lemon tu, kalau masam nauzubillah. letak sikit ja, kalau manis manis ala ala jus lemonade, bole letak banyak sikit. Lemon aku beli Giant masam nauzubillahiminasyaitonirajim. Aku letak 10 titik ja.

Lepas dah kacau, ini optional, boleh la masukkan Oreo. Aku hancurkan Oreo tu kecil kecil dan ada yang jadikan serbuk untuk tabur sikit sikit atas tu buat presentation. Ada yang letak M&M jugak.  Kalau nak sapu jem pun boleh.

 

Lepas dah kacau, boleh lah masukkan dalam loyang tadi. Biarkan sejuk seketika kemudian masuk dalam peti ais. Oh, untuk nak sapu jem, boleh sapu bila dah tuang dalam loyang. Jangan sapu time dalam kuali pulak.

 

Rasanya memang macam Secret Recipe. Adik bawak balik satu bekas. Ada la kot 4 slice. Ada lagi suku. Nanti Friday lepas mak habis kursus nak bagi satu slice dia rasa. Isteri bawak pergi office 3 slice.

Selamat mencuba.

8 Comments

  • May 10, 2012 - 20:29 | Permalink

    hi, i nak tnya. if i ade mixer means xpyh masak atas dapur ke cheese tu? trus pukul, campur bhn2 then msukkan dlm peti?

  • June 15, 2010 - 20:01 | Permalink

    suka giler belog nieee! ^__^

  • yaya mahidan
    May 26, 2010 - 14:08 | Permalink

    wow..pandainya masak.
    malu la camni..sy pon tak pandai masak.hooo
    bell?kahwin?ekeke

  • mama
    May 24, 2010 - 16:32 | Permalink

    Sempat gak laa rasa secebis dr chess cake tu.. mmg sedap sangat… nnt nak balik leh bawa lagi sebiji yg tak potong2 lagi….Balik 28 mei kan????? 28 Mei tu hari apa?? he he he. Thanks..again.

  • wira
    May 20, 2010 - 13:37 | Permalink

    anzur : sila cuba..mmg x menyesal

    bell : apa kaitan bila dah kawen pulak? time bujang pun bole buat la

    mulan : hehehe..pujian untuk cik isteri :) )

  • mulan
    May 20, 2010 - 13:16 | Permalink

    wah wah wah byk nye pujian yang disebut-sebut…hmmm xpela nampak memang sedap..nanti bo buat banyak kali…maybe lemon tu kena tambah lebih sikit…hehehe

  • May 20, 2010 - 11:29 | Permalink

    Wah~~ nak buatlah bila dah kahwin nanti.

  • May 19, 2010 - 20:06 | Permalink

    wa.. sya memang suka chease cake nie. suka gila. japgi nak try lah! ehehe. nak g giant gak.. Anzur Anuar is like this. ;)

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge