Family Affair

Kalau dah jiwa seorang Guru

Abah aku Cikgu. Bekas cikgu. Dia mengajar subjek Kimia. Abah sudah pencen. Zaman dia cikgu kimia, dia jadi cikgu pakar kimia. Dia mengajar kimia, buat soalan SPM kimia, panel penilai buku teks kimia, panel penilai buku rujukan kimia, penceramah subjek kimia dan segalanya tentang pelajaran itu. Dari peringkat sekolah sampai peringkat kebangsaan.

Abah dah lama pencen. Seingat aku, sejak zaman aku universiti abah sudah pencen. Baru-baru ini abah melawat adik di sekolah. Adik tinggal di asrama. Lawatan biasa bertukar kepada kelas tuisyen kimia. Yang menarik, bukan adik seorang yang joint malah kawan-kawan adik turun sama joint. Aku rasa kalau cikgu kimia adik nampak, mesti dia segan.

Adik baru naik tingkatan 4, jadi subjek kimia baru lagi pada dia. Aku rasa abah ajar adik subjek kimia, tak tau la kalau masuk subjek matematik tambahan jugak. Hehe.

Nasib baik tak ada white board, kalau tidak mesti lagi pulun abah mengajar budak-budak tu. Semoga adik berjaya.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Family Affair Liya Nordin

Liya Nordin tercinta dalam kenangan #Alfatihah

Family Affair Personal

Fire Extinguisher oleh isteri #KecilMenjadiKawan

Ok, entry kali ini disumbangkan oleh isteri. Jadi aku minta dia type sendiri apa yang dia nak tulis. Ala-ala penulis tamu macam tu. Aku tak edit langsung penulisan dia. aku rasa maybe next time berblog, terutamanya entry yang melibatkan trip atau percutian, aku nak suruh dia tulis juga. So reader boleh dapat two side of view. Biar ada dua penulis dalam satu entry. Untuk bezakan tulisan dia dan tulisan aku, aku akan italic dan color tulisan dia dengan color lain. So, enjoy…..

Minggu lepas, saya ada join ceramah kebakaran di pejabat. Semangat la sangat kan, untuk meningkatkan awareness la alkisahnya..end up saya pun beli …taraa ~fire extinguisher~. Bila maklum pada en suami, dia perli pulak cakap bagus la sebab saya nyaris bakar rumah masa main api kat dapur..ada ka patut ish.

Fire extinguisher yang saya beli dari jenis ABS powder seberat 1 kg. even kecik ja pun, Tapi saya rasa memang berguna sebab api ni kalau marak sangat cepat. Dalam video yang pihak bomba tunjuk, tak sampai 5 minit kebakaran yang baru mula tercetus telah menyebabkan satu rumah terbakar. Based on experience pulak, dulu bilik study rumah saya pernah terbakar, walaupun api tak besar tapi bahangnya sangat la panas. Habis semua plastic cair.

So saya rasa setiap rumah patut ada satu juga sebab kebakaran ini kadang-kadang tak jangka. Anak main api ka or rumah jiran terbakar ka. So kalau ada fire extinguisher boleh membantu. Harga yang saya beli RM 55 tapi saya check kat website dia harga RM 79.90. So untung sikit beli kat bomba ni, murah.

So, demikian la saja entry pendek dari si isteri. Lepas ni aku nak minta dia karang panjang sikit. Kalau mengomel tu memang panjang, tapi terjemahkan dalam tulisan, pendek pulak jadinya. :) aku notice she put ‘ka’ instead of ‘ke’. Hehe, kawen dengan orang Kedah sangat kan bunyinya. Lol.

p/s Oh ya, i never knew that bilik study dia pernah terbakar dulu. No wonder semangat nak beli pemadam api. Trauma rupanya.

Wordless Wednesday

Selamat Hari Guru

Events and Activities Family Vacation Honey Moon Local Trip

Fairlane Hospitality @ myHabitat2 Serviced Apartment

Pada hujung minggu yang aku senggol-senggolan dengan Isteri, kami hanya bercuti di Kuala Lumpur. Kami menginap di Fairlane Hospitality @ myHabitat2 Serviced Apartment. Ini merupakan kali pertama kami menginap di situ. Tempahan dibuat melalui laman Agoda kerana harga yang murah berbanding harga biasa. aku memang cadangkan sesiapa yang nak buat tempahan hotel boleh buat melalui Agoda. Bukan sahaja lebih murah malah ianya meliputi kebanyakan hotel di Malaysia dan juga luar negara.

Overall, hotel ini sangat luas. Ada dapur siap peti ais, oven, toaster, peralatan memasak juga mesin basuh. Ada ruang tamu yang berasingan dengan bilik. So, dia macam mini apartment la. Parking juga banyak disediakan dan tahap keselamatan begitu memuaskan.

Kedudukan hotel juga strategi. Untuk ke Ampang Park atau KLCC, kita hanya boleh berjalan kaki. Kawasan sekitar Jalan Aman yang terletaknya Serviced apartment itu juga berhampiran dengan Jalan Damai yang meletakkan begitu banyak restaurant Middle East. Pada waktu malam pula, kawasan ini begitu sunyi walaupun berada di tengah-tengah Kuala Lumpur. Jika anda tinggal di tingkat yang tinggi, (we stay di tingkat 32), memang tak dengar langung bunyi kenderaan.

Ok, ini alamat myHabitat2 Serviced Apartment,

No. 3, Jalan Aman, Off Jalan Tun Razak, KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia 50400. Rujuk peta di bawah, hotel ini berada di icon yang color biru itu.